Apabila Kehidupan Universiti Menjadi Cabaran Antara Kerja Dan Pengajian

Cabaran dalam menyeimbangkan antara belajar dan kerja part-time bukanlah hal baru, tetapi semakin relevan dalam beberapa tahun terakhir ini. Dengan pembiyaan yuran dan perbelanjaan seharian yang semakin meningkat, banyak mahasiswa universiti yang beralih ke pekerjaan part-time untuk membantu meningkatkan wang mereka. Namun, tekanan untuk menjaga keseimbangan antara pekerjaan dan belajar sangat mencabar dan dapat menyebabkan keletihan.

Dalam artikel "Apabila Kehidupan Universiti menjadi Cabaran antara Kerja dan Pengajian" yang disiarkan oleh Free Malaysia Today, menjelaskan cabaran yang dihadapi mahasiswa universiti ketika menyeimbangkan antara komitmen akademik dan pekerjaan part-time. Artikel tersebut memberikan pelbagai tips untuk membantu mahasiswa mencapai keseimbangan yang sihat, termasuk mengutamakan komitmen akademik, menguruskan masa dengan lebih efektif dan mencari sokongan daripada penasihat akademik dan tutor.

Salah satu cara yang dapat membantu mahasiswa menjaga keseimbangan antara pekerjaan dan akademik adalah dengan penggunaankan teknologi. Kebanyakan universiti sekarang menawarkan kursus online dan sumber digital yang dapat diakses bila-bila sahaja dan dapat memudahkan mahasiswa untuk belajar mengikut kesesuaian jadual kerja mereka.

Selain itu, menyeimbangkan susnan kerja yang fleksibel. Beberapa pengusaha menawarkan jadual kerja yang fleksibel sehingga memudahkan mahasiswa bekerja mengikuti jadual akademik. Ini dapat membantu mencegah keletihan dan mengurangi tahap tekanan mereka. Pada akhirnya, ia akan meningkatkan prestasi akademik yang lebih baik.

Bagi mahasiswa sangat digalakkan untuk mengutama penjagaan diri dan mencari sokongan ketika diperlukan. Kehidupan di universiti boleh menjadi waktu yang sangat mencabar dan mahasiswa mungkin mengalami stres atau kebimbangan ketika mereka berusaha menyimbangkan tanggungjawab mereka. Mencari sokongan dari penasihat akademik, tutor dan profesional kesihatan mental dapat membantu mahasiswa menghadapi tekanan dan tetap fokus pada tujuan akademik dan peribadi mereka.

DoWork adalah platform unik yang menghubungkan mahasiswa universiti dengan pekerjaan part-time yang sesuai dengan jadual akademik mereka. Mahasiswa dapat mencipta profil sendiri dan memilih waktu lapang bekerja mereka, kemudian DoWork akan memadankan mereka dengan merchant yang sedang mencari pekerja pada waktu tersebut. Hal ini memastikan bahawa mahasiswa dapat bekerja dan belajar tanpa mengorbankan salah satunya.

Platform ini juga menawarkan ciri-ciri padanan shift yang membolehkan mahasiswa memilih jadual kerja yang sesuai dengan akademik mereka. Ini bermaksud mereka dapat bekerja saat mereka tersedia dan dapatmengelakkan konflik jadual antara kelas atau waktu belajar mereka. Ciri padananan shift juga membolehkan mahasiswa untuk bertukar jadual dengan rakan kerja mereka, memberikan fleksibiliti lebih banyak dan mengurangi tahap tekanan mereka.



Suka halaman ini? Kongsi dengan rakan anda!



Bahaya Mencari Pekerjaan Part-Time Melalui Media Sosial